MyHome

Sunday, July 13, 2014

Trip To Taman Kinabalu Stesen Serinsim Kota Marudu

Hello...


12 Julai 2014 - Perjalanan kali ini merupakan sesuatu yang tidak saya rancang. Pada mulanya hajat saya hendak pergi ke Pekan Kota Marudu saja, kemudian teringat cerita kawan-kawan berkenaan Taman Kinabalu Sub Stesen Seinsim yang indah, justeru saya membuat keputusan untuk pergi sana.
Boleh nampak Gunung Nombuyukong sepanjang perjalanan

Kampung Serinsim terletak kira-kira 38km dari Kota Marudu (30-45 minit dengan kereta). Dari Kota Kinabalu kira-kira 131km (2 jam 30 minit). Tidak perlu risau sesat kerana terdapat papan tanda yang akan membimbing anda atau anda bertanya saja dengan penduduk setempat yang mesra.

  • 38km from Kota Marudu (30-45 minutes by car)
  • 131km from Kota Kinabalu (2 hours 30 minutes by car)
  • there is a lot of sign board all the way to Sub Stesen Serinsim or you can ask local people for direction.
Bayaran Masuk/Entrance Fees (murah dan berbaloi)

Suasana di stesen Serinsim sangat nyaman dan menarik. Sesuai bagi mereka yang hendak berkelah dan mandi manda bersama keluarga. Saya cadangkan anda datang sekitar jam 10.00 am - 2.00 pm jika hendak mandi kerana air sungai yang sejuk dan jernih sesuai untuk mandi pada waktu tengah hari.

Entrance fees
  • citizen 18 years and above - RM3.00
  • citizen 17 years and below - RM1.00
  • Non-citizen 18 years and above - RM18.00
  • Non-citizen 17 years and below - RM10.00

Tempat Rekriasi

Terdapat pondok dan penginapan disediakan bagi mereka yang berhasrat untuk bermalam di Serinsim. anda hanya perlu bawa bahan makanan kerana tempat penginapan ini suda lengkap dengan peralatan memasak dan air.

 Tempat Penginapan
(chalet to stay)
 Perjalanan Balik dari Sub Stesen Serinsim
Semoga perkongsian ini membantu anda dalam merancang rekriasi/perkelahan bersama keluarga. :)

-Nice place to enjoy your holiday with family..

Terima Kasih...thank you..

No comments:

Post a Comment